Wednesday, June 22, 2011

18,716 amah lari

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 22/06/2011

DEWAN Rakyat semalam diberitahu 18,716 pembantu rumah asing melarikan diri daripada majikan mereka dengan 17,205 atau 92.3 peratus dari Indonesia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan, berkata sehingga Disember tahun lalu, seramai 247,069 pembantu rumah yang memasuki
negara ini atau 76.7 peratus adalah dari Indonesia.

“Bagi menangani masalah pembantu rumah asing melarikan diri daripada majikan, khususnya pembantu rumah Indonesia, kerajaan mengambil beberapa
langkah antaranya mewujudkan jawatankuasa kerja bersama apabila kita mengadakan beberapa siri perbincangan dan mesyuarat teknikal dengan kerajaan
Indonesia bermula 2009 hingga Mei lalu.

“Hasil perbincangan itu, kedua-dua negara bersetuju menandatangani satu protokol pindaan terhadap memorandum persefahaman di antara kedua-dua negara
pada 30 Mei lalu di Bandung, Indonesia,” katanya di Sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

Protokol itu bertujuan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan penggajian pembantu rumah termasuk pembantu rumah lari daripada majikan antara kedua-dua
negara serta memberikan perlindungan sewajarnya kepada majikan di negara ini. Selain itu, majikan berhak mendapat penggantian pembantu rumah sekiranya
mereka melarikan diri dalam tempoh enam bulan berkhidmat.

Maznah berkata, sistem bio metrik yang diperkenalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1 Jun lalu dapat membantu pihak berkuasa mengesan pembantu
rumah asing yang cuba mendapat kerja lain. Beliau berkata, selain itu, mulai Mac tahun lalu, kementeriannya melalui Jabatan Tenaga Kerja melaksanakan
seminar dan dialog pembantu rumah asing yang dihadiri majikan serta syarikat membekalkan pekerja berkenaan.

“Sehingga kini, 89 seminar sudah diadakan membabitkan 1,869 majikan, 1,650 pembantu rumah dan 365 agensi pekerja asing untuk memaklumkan hak serta
tanggungjawab ketiga-tiga pihak terbabit,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah mewujudkan sistem biometrik bagi mengesan pembantu rumah yang melarikan diri. “Garis
panduan penggajian pembantu rumah dan talian Nur diwujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menerima laporan sama ada
secara terus daripada pembantu rumah atau majikan yang ingin membuat laporan,” katanya.

Thursday, May 26, 2011

Perkeso bayar RM520,615 di Perlis

26/05/2011 3:05pm

KANGAR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar tuntutan berjumlah RM520,615.91 kepada lebih 200 penerima faedah di Perlis bagi tempoh antara Januari dan April lepas.

Pengarah Perkeso Perlis, Shaharuddin Waled berkata kebanyakan tuntutan membabitkan kes hilang upaya sementara (cuti sakit) membabitkan 185 kes dengan nilai tuntutan yang dibayar sebanyak RM149,427.56.

Perkeso juga membayar tunttuan sebanyak RM304,787.96 bagi 20 kes hilang upaya kekal (kecederaan), empat kes faedah orang tanggungan (kematian) sebanyak RM8,050.27, 11 kes faedah pencen ilat (hilang upaya) sebanyak RM15,865.25, 14 kes faedah pencen penakat (kematian) sebanyak RM12,484.87 dan 20 kes faedah pengurusan mayat sebanyak RM30,000.

“Perkeso telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempercepatkan proses tuntutan yang diterima namun kelambatan memprosesnya berpunca daripada permohonan tuntutan tidak lengkap,” katanya pada majlis penyampaian faedah Perkeso berjumlah RM87,745.48 kepada 20 penerima di sini hari ini. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Dr Por Cho Chor.

Shaharudin berkata sebanyak 129 tuntutan dilakukan oleh para pencarum membabitkan kemalangan di tempat kerja, kemalangan jalan raya semasa pergi dan balik daripada tempat kerja dan kemalangan jalan raya semasa keluar makan tengahari. – Bernama

/* =----GOOGLE ANALITIC ---= */ /* =----GOOGLE ANALITIC END---= */