PUCHONG: Taktik seorang peniaga wanita mengatakan kedai bunga dan kafenya diusahakan secara bersama bagi menutup kesalahan tidak mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) gagal memperdaya penguat kuasa agensi itu.
Meskipun cuba meyakinkan penguat kuasa Perkeso bahawa premisnya tidak pernah menggaji pekerja tempatan tetapi hanya rakan kongsi, semuanya terbongkar apabila pemeriksaan sijil pendaftaran perniagaannya mendapati sebaliknya.
Siasatan ke atas penyata gaji juga menunjukkan peniaga terbabit tidak pernah mencarum dengan Perkeso sejak dua tahun lalu, membolehkan dia dikenakan kompaun berikutan melanggar Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi Perkeso, Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata kira-kira 15 ke 20 peratus majikan yang diperiksa didapati gagal mendaftar perusahaan dan pekerja.
“Kegagalan majikan dan pekerja berbuat demikian seperti mana peniaga ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM2,000 atau didakwa ke mahkamah yang membolehkan denda maksimum RM10,000 sekiranya terus berdegil,” katanya.
Beliau sebelum itu mengetuai Ops Kesan Perkeso kedua bagi kawasan Lembah Klang yang diadakan di Bandar Puteri, di sini semalam.
Turut serta Pengarah Perkeso Negeri Selangor, Abdul Halim Ahmad dan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Selangor, Hairiri Harun merangkap.
Seramai 100 kakitangan daripada cawangan ibu negara, Petaling Jaya, Rawang dan Klang turun padang menjejaki majikan yang gagal mencarum untuk pekerja.
__________________