Kali ini saya ingin nyatakan beberapa persoalan yang selalu dikemukakan kepada pihak PERKESO. Ye laa kan, sebagai pekerja / majikan mesti ambil tahu tentang fungsi PERKESO nie... kan ke masing-masih buat caruman... ok lah tanpa buang masa sila baca yee:-
Soalan-soalannye...
| 1S) | Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969? |
| J) | Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta. |
|
2S) |
Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO? |
| J) | Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO. |
|
3S) |
Perlukah majikan memaklumkan kepada PERKESO bagi pekerja yang berhenti? |
| J) | Majikan perlu mengisi tarikh pekerja berhenti di dalam borang 8A dan membuat tanda X di ruang-ruang Borang 8A. |
|
4S) |
Apakah had umur pekerja untuk mencarum? |
| J) | Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 55 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 55 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 50 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua. |
|
5S) |
Adakah penalti dikenakan kepada majikan yang tidak mendaftar/mencarum? |
| J) | Majikan boleh didakwa dan dikenakan tindakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali. |
|
6S) |
Bagaimanakah menentukan kadar caruman dan cara membayar caruman PERKESO? |
| J) | Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, elaun shif makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori gaji. |
|
7S) |
Di manakah pembayaran caruman boleh dilakukan? |
| J) | Bayaran caruman boleh dilakukan di bank-bank yang telah dilantik seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Pejabat-pejabat Pos (bagi Sabah & Sarawak) dan bank-bank yang dikhaskan bagi kawasan tertentu. |
|
8S) |
Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan? |
| J) | Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu. Contohnya sekiranya pembayaran gaji dilakukan sehingga 15 hb, caruman tersebut juga berdasarkan gaji bagi 15 hari bekerja sahaja. |
Kita akan bincangkan lagi persoalan yang selalu dikemukakan nanti...opps untuk pengetahuan semua kami dari MudahPayroll memberi servis A-Z bagi proses berkaitan PERKESO dengan kata lain dari pengiraan caruman-pembayaran dan juga khidmat nasihat bagi TUNTUTAN jika berlaku kemalangan.