Saturday, March 12, 2011

Soalan berkaitan PERKESO lagi.....

*ini adalah sambungan dari artikel sebelumnya

9S)

Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan?

J) Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.

(dengan MudahPayroll, kami akan pastikan kelewatan dapat dielakkan, jika berlaku kelewatan dari kesilapan kami, kami akan bayar denda bagi pihak anda)


10S)

Bagaimanakah cara untuk membayar FCLB?

J) FCLB boleh dibayar di Bank RHB dan Public Bank sahaja dengan mengemukakan notis surat FCLB kepada bank untuk dicop tarikh terima dan nyatakan nombor akaun PERKESO untuk pembayaran. Majikan tidak perlu mengisi slip bank. Pembayaran cek bagi setiap satu bulan FCLB hendaklah diasingkan.

11S)

Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

J) Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 21) dan kemukakan bersama Borang Tuntutan (Borang 10), kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.

(dengan MudahPayroll, majikan akan dibantu bagi membuat tuntutan di PERKESO)


12S)

Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan ? Di manakah boleh perolehi rawatan?

J) Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan. Pekerja dikehendaki membawa Borang Laporan Kemalangan (Borang 21) atau Borang Laporan Penyakit Khidmat (Borang PKS 68 atau PKS 69) atau surat pengenalan daripada majikan semasa mendapatkan rawatan.

13S)

Dalam keadaan manakah Elaun Layanan Sentiasa dibayar?

J) Elaun ini dibayar kepada pekerja yang mengalami hilangupaya langsung yang kekal iaitu hilangupaya mencari nafkah 100% atau menghidap keilatan dan disahkan sentiasa memerlukan layanan dari orang lain oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilangupaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan. Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.

/* =----GOOGLE ANALITIC ---= */ /* =----GOOGLE ANALITIC END---= */