| 1. | Mendapatkan Surat Kelulusan dan membuat bayaran levi di Pusat Kelulusan Setempat, KDN. | |||
| 2. | Majikan memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) dan Pas Lawatan (Kerja Sementara). Dokumen yang diperlukan untuk memohon:- | |||
| a. | Surat permohonan dari majikan | |||
| b. | Borang perakuan permohonan visa dengan rujukan | |||
| c. | Surat kelulusan Kementerian Dalam Negeri | |||
| d. | Resit asal bayaran levi | |||
| e. | Borang IMM.12 | |||
| f. | Borang bayaran | |||
| g. | Borang permohonan VDR pekerja asing baru | |||
| h. | Bank draf (Bayaran PLKS, PROSES DAN VISA) | |||
| i. | Wang cagaran / Insuran Guarantee / Bank Guarantee (sahlaku sekurang-kurangnya 18 bulan) | |||
| j. | Salinan pasport pekerja | |||
| k. | Gambar pekerja (1 keping) | |||
| l. | Personal bond yang dimatikan setem | |||
| m. | Laporan pemeriksaan perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari negara sumber | |||
| Dokumen Tambahan: | ||||
| Salinan borang pendaftaran syarikat (Borang 49/ Borang B&D) / Kad Wakil Syarikat (Kad kuning) untuk Permohonan VDR Pekerja Asing (Majikan / Wakil Syarikat) | ||||
| Surat kelulusan outsourcing asal pengambilan pekerja asing dan salinan diakui sah sijil outsourcing untuk Permohonan VDR Pekerja Asing (Syarikat Outsourcing) | ||||
| 3. | Pekerja Asing hendaklah berada di luar negara sementara permohonan diproses. Pekerja tersebut hanya akan dibenarkan masuk selepas permohonan VDR dan PL(KS) diluluskan. Pintu masuk yang dibenarkan: | |||
| 1. | Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) | |||
| Pekerja asing hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara | ||||
| 2. | Melalui Pintu-pintu Masuk Lain | |||
| Pekerja asing dari negara Thailand dan Indonesia hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di Negara berkenaan | ||||
| 4. | Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik/pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA dan disahkan sihat. | |||
| 5. | Mendapatkan Pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara) Di Pejabat Imigresen Negeri Atau Di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya. Dokumen diperlukan: | |||
| a. | Surat kelulusan asal dari Pusat Kelulusan Setempat, KDN | |||
| b. | Resit-resit asal bayaran yang telah dibuat | |||
| c. | Pasport pekerja | |||
| Peringatan: Semua urusan di atas hendaklah dilakukan dalam tempoh sebulan daripada tarikh kemasukan pekerja ke Negara ini. | ||||